Kami memerlukan sumbangan & bantuan anda

Yayasan Ikhlas di bawah program Projek Borneo amat memerlukan bantuan dan sumbangan anda bagi terus memberikan bantuan asas kepada saudara kita & golongan sasaran di Sabah dan Sarawak melibatkan pembinaan masjid/surau, pendidikan asas fadhu ain, barangan dapur serta pembinaan telaga untuk kemudahan air bersih.

Pembinaan/Baikpulih Masjid/Surau
Pembinaan/Baikpulih Masjid/Surau

Membina masjid/surau baru dan juga membaik pulih masjid/surau sedia ada bagi memberikan keselesaan mendirikan solat dan aktiviti agama.

Pembinaan/Baikpulih Rumah
Pembinaan/Baikpulih Rumah

Membantu dalam membina dan membaik pulih rumah kediaman yang sudah uzur, bocor dan usang bagi memberikan sedikit keselesaan.

Makanan Asas/Keperluan Asas
Makanan Asas/Keperluan Asas

Sumbangan keperluan makanan asas, bantuan peralatan pendidikan, bantuan bencana dan bantuan peralatan pesakit kepada golongan yang sangat memerlukan.


Pendidikan Fardhu Ain
Pendidikan Fardhu Ain

Bantuan pendidikan kepada mualaf di Sabah dan Sarawak yang memfokuskan kepada pengukuhan dan pemahaman Islam kepada masyarakat.

Kesihatan Asas
Kesihatan Asas

Membantu pesakit-pesakit daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan yang memerlukan rawatan dan peralatan perubatan dengan kos yang tinggi.

Kemudahan Air Bersih
Kemudahan Air Bersih

Bantuan untuk pembinaan telaga tiub untuk membantu Rumah Anak Yatim Kudat bagi mendapat bekalan sumber air bersih sepanjang tahun.

Marilah Bersama Menyumbang Kepada Projek Borneo Yayasan Ikhlas

Tonton video penerangan dan aktiviti sumbangan yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak kepada golongan sasaran

Pek Ikhlas Kepada Golongan Yang Amat Memerlukan

Pek Ikhlas adalah satu bentuk inisiatif Yayasan Ikhlas bagi menyediakan saluran sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan. Inisiatif ini akan berjalan sepanjang tahun manakala sumbangan adalah berbentuk keperluan makanan asas, bantuan peralatan pendidikan, bantuan bencana dan bantuan keperluan peralatan untuk pesakit. Yayasan Ikhlas menyasarkan seramai 20,000 penerima manfaat sehingga hujung tahun 2022 dan masih banyak sumbangan diperlukan!

Kelas Asas Fardu Ain Sabah & Sarawak

Al-Huda merupakan sebuah pusat komuniti yang meliputi aspek pendidikan, kemasyarakatan dan komuniti. Ia terletak di Semporna, Sabah dan dikelilingi oleh pulau-pulau kecil di sekitarnya. Al-Huda diinspirasikan oleh sekumpulan anak muda yang melihat kesusahan keluarga dan isu kewarganegaraan telah menjadi penghalang buat anak-anak Semporna tidak menerima pendidikan yang sempurna termasuk pendidikan asas agama. Ada di kalangan anak yang telah berusia belasan tahun tetapi masih tidak mengenal huruf. Selain faktor asnaf mereka juga adalah saudara baru kita.

Pembinaan & Baikpulih Masjid/Surau

Yayasan Ikhlas membantu untuk membina/membaik pulih masjid/surau terpilih di pedalaman Sabah dan Sarawak. Untuk permulaan, 4 buah surau yang telah dikenalpasti iaitu: 
1. Surau An-Nur, Sandakan, Sabah 
2. Surau Al-Huda, Semporna, Sabah
3. Surau Putatan, Lahad Datu, Sabah 
4. Surau Rantau Panjang, Sarawak
Fokus kami adalah supaya masyarakat yang terdiri daripada para asnaf dan mualaf dapat memiliki fasiliti yang selesa untuk melaksanakan kelas-kelas pengajian agama di samping berfungsi untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan sesama mereka.

200,000+

Golongan Sasaran

2

Negeri

12

Tahun Pengalaman

1000

Harapan

Sabda Rasulullah SAW: “Pada setiap hari ketika orang berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun, satu daripadanya berdoa, “Ya Allah! Berikanlah sesuatu gantian kepada orang yang suka berderma.” Sementara yang lain berdoa, “Ya Allah. Berikanlah kebinasaan kepada orang yang bakhil!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Pada setiap hari ketika orang berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun, satu daripadanya berdoa, “Ya Allah! Berikanlah sesuatu gantian kepada orang yang suka berderma.” Sementara yang lain berdoa, “Ya Allah. Berikanlah kebinasaan kepada orang yang bakhil!”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tweet

Projek Borneo Yayasan ikhlas sangat menghargai setiap sokongan dan sumbangan yang diberikan dalam membantu kami memenuhi visi dan misi kami. Oleh yang demikian, menjadi impian kami untuk bertemu dengan lebih ramai para dermawan bagi membolehkan kami memberi lebih manfaat. Semoga Allah SWT memberkati kita untuk semua kerja keras dan pengorbanan kita.

Berita & Post Terbaharu

Misi Khas Ke Sabah

Mulai 9hb November 2021, kami akan sertai Misi Khas Yayasan Ikhlas ke Semporna dan Sandakan,…