Misi Khas Ke Sabah

Mulai 9hb November 2021, kami akan sertai Misi Khas Yayasan Ikhlas ke Semporna dan Sandakan, Sabah.

Di antara objektif utama misi kali ini ialah :

1- Perasmian Pusat Pembelajaran al-Huda Yayasan Ikhlas (cawangan) di Kuala Bibang, Semporna oleh SS Datuk Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

2- Menandatangani MoU Pusat komuniti Al Kisaie Learning Centre, di Sandakan yang ditaja oleh YI

3- Perasmian Projek Baik Pulih Masjid al-Amin dan Masjid Nurul Iman di Sandakan tajaan YI

4- Kajian lapangan Projek Air Bersih di Pulau Bumbum dan Pulau Mabul, Semporna bersama Majlis Dakwah Negara cawangan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah.

5- Misi Bantuan Pek Iklas untuk 400 keluarga asnaf di Semporna dan Sandakan serta sumbangan peralatan perubatan kepada 5 orang pesakit miskin.

6- Melebarkan hubungan kerjasama dengan NGO dan pihak berautoriti.

Doakan kami agar misi ini berjaya mencapai objektifnya demi kebaikan buat mereka yang memerlukan.

Peduli, Prihatin

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

Dipetik dari Facebook: https://www.facebook.com/ProfDrZainurRashid/photos/misi-khas-ke-sabahmulai-esok-kami-akan-sertai-misi-khas-yayasan-ikhlas-ke-sempor/4684015791646348/

Leave a Reply

Your email address will not be published.